FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
INI MENUNJUKKAN BAHAWA TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK YANG MEMBAWA MAKSUD IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan.
Salah satu daripada firman Allah yang telah memperjelaskan tentang satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan ialah
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
SEBENAR-BENAR IKHLAS IALAH YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK DAN YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SATU JALAN YANG LURUS
Firman Allah yang memperjelaskan bahawa Jalan yang lurus iaitu yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah jalan Allah
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
ORANG YANG TELAH ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS IALAH
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
ALLAH AKAN PIMPIN ORANG YANG MELAKUKAN PERINTAH ALLAH
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Ke jalan yang lurus, jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik. Dengan yang demikian menunjukkan kepada siapa yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Allah akan menjadikan mereka sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
ALLAH AKAN PIMPIN ORANG YANG MELAKUKAN PERINTAH ALLAH
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Ke jalan yang lurus, jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik. Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah sebenar-benar ikhlas. Dengan yang demikian menunjukkan kepada siapa yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Allah akan menjadikan mereka sebagai seorang yang Ikhlas.
Jika nak menjadi seorang yang ikhlas, setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan bagaimana untuk melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu perlu dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang apabila dilakukan sepertimana firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang tersebut akan menjadi seorang yang ikhlas.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Di sini ada dua perkara
Yang pertama "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.
Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung di dalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 257)
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(5.Surah Al-Mā'idah ayat 16)
Firman Allah yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid ialah apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam firman Allah pada
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah pada
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Yang dilakukan sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa keberadaan Allah atau penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan di dalam syurga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti di dalam firmanNya pada
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).